Game Week 2: GOTA FC vs BSC United
Menurut pengurus merangkap pemain GOTA FC, Encik Nor Hisham, GOTA FC akan turun dengan taktik menyerang walaupun sedar dengan reputasi pihak lawan yabg sering membenam pasukan lawan dengan jaringan yang besar.
Apa yang penting bagi beliau adalah perlawanan yang menarik dan menyerang menjadi keutamaan GOTA FC. Selain semangat kesukanan yang tinggi yang selalu diterapkan kepada setiap pemain.
Sementara itu, penyerang berkaliber BSC United, Mat Dang, dalam satu temubual mengatakan beliau akan berusaha untuk mencatatkan jaringan selain membantu pasukan BSC mengukuhkan kedudukan dalam kelompok teratas liga.
Sama-sama saksikan perlawanan yang akan dilangsungkan pada Ahad, 19 Ogos jam 5 petang di Arena Tanamera, Sungai Buloh.

Post a Comment