Header Ads

Perlawanan antara Gota FC vs Nera FC - Game Week 1


Semalam, Ahad 5 Ogos 2018 merupakan hari ke dua perlawanan pada Game Week 1, di mana pasukan Gota FC turun menentang pasukan Nera FC.

Cuaca di tempat perlawanan semalam memang baik dan sesuai untuk sesuatu perlawanan bola sepak.

Untuk rekod, pasukan Gota FC tidak pernah menewaskan Nera FC dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Oleh itu, pasukan Nera FC turun sebagai pasukan pilihan, namun tidak melunturkan semangat para pemain Gota FC untuk memberikan tentangan sengit terhadap pasukan lawan.

Pasukan Nera FC terlebih dahulu di depan apabila penyerang utama mereka melakukan rembatan dari luar kotak penalti, sebelum di samakan kedudukan oleh Gota FC.

Pasukan Gota FC dalam perlawanan tersebut, dua kali menyamakan kedudukan sebelum dua gol leeat permainan meleburkan sisa-sisa perjuangan pasukan Gota FC.

Walau apapun permainan semalam berlangsung dalam susasana penuh semangat kesukanan, di mana tiada satu pun kad amaran dikeluarkan oleh pengadil perlawanan.

Antara fakta menarik dalam perlawanan ini, penyerang Nera FC, Zul telah menjaringkan empat gol, menjadikan beliau antara calon bagi merebut kasut emas dalam liga ini.

Tahniah buat ke dua-dua pasukan.

Ringkasan keputusan adalah seperti di bawah:


*PALAM LEAGUE 2018*
Nera FC 4 - 2 Gota FC 2


Zul (Puad)
Zul (Abg Fik)
Zul (Maey)
Zul (Abg Man)

Gota FC scorer:
Nizam TNB
Wan J



No comments