Header Ads

Perlawanan tumpuan minggu ini


Puncak Alam Rovers antara pasukan yang semakin meningkat naik di Bandar Puncak Alam ini berpeluang menentang pasukan bolasepak Sukma Selangor yang dalam persiapan menghadapi Sukan Sukma 2018.

Sementera itu Puncak Alam Rovers juga sedang mempersiapkan pasukan mereka untuk menyertai  Liga M5 pada musim 2019. Liga M5 merupakan liga peringkat ke lima dalam Liga Malaysia selepas Super League, Liga Perdana, Liga FAM dan Liga M4.

Kepada yang g berkelapangan, boleh lah turun memberikan sokongan kepada pasukan dari Puncak Alam ini pada esok, Sabtu, 11 Ogos 2018 bertempat di Akademi Merah Kuning, Persiaran Mokhtar Dahari jam 5 petang.

Sudah pastinya perlawanan ini amat istimewa buat pemain terlibat. Dan pengurusan liga Puncak Alam Premier League semestinya berbangga kerana kebanyakan pemain-pemain untuk Puncak Alam Rovers ini bermain di dalam liga PAPL.

Untuk rekod juga, Sukan Sukma 2018 pada tahun ini akan diadakan di negeri Perak dari 14 hingga 22 September. Ini merupakan kali ke dua Perak menjadi tuan rumah bagi Sukan Sukma.

Selamat berjuang buat Puncak Alam Rovers

No comments