Header Ads

GOTA FC bangkit tebus kekecewaan


GOTA FC bangkit dari kekalahan di tangan GAMM FC pada minggu ke lima dengan menumpaskan OFPA dengan dua gol tanpa balas.

Aksi mendebarkan disajikan ke dua-dua pasukan yang sering berbalas serangan. Namun separuh masa pertama penguasaan bola dilihat lebih kepada pasukan GOTA FC dengan tiga percubaan yang sepatutnya boleh menghasilkan jaringan.

Penantian GOTA FC untuk mendapatkan jaringan terhasil pada penghujung separuh masa pertama hasil larian pantas Syawal yang memanfaat lorongan kemas sorang lagi gandingan penyerang beliau iaitu saudara Kembar.

Bermula separuh masa ke dua, OFPA membuat beberapa pertukaran yang menyaksikan mereka menguasai bahagian tengah dan kerap menembusi kubu pihak lawan. Hasilnya mereka hampir beroleh gol penyamaan namun diselamatkan oleh ketangkasan penjaga gol GOTA FC.

GOTA FC juga mempunyai dua peluang satu lawan satu namun gagal disudahkan oleh barisan penyerang mereka.

Rentak permainan separuh masa ke tiga juga memyaksikan OFPA melancarkan banyak serangan ke kubu lawan  dan beberapa kali mencemaskan barisan benteng GOTA FC. Pengurus GOTA FC, Nor Hisham juga membuat penampilan istimewa pada separuh masa ke tiga sebelum digantikan penyerang utama, Syawal.

Kemasukan Syawal tidak sia-dia apabila beliau menjaringkan gol ke dua hasil satu serangan balas menarik. Sekali lagi  saudara Kembar menjadi pencipta kepada jaringan yang membunuh sisa perjuangan pasukan OFPA.

Kemenangan GOTA FC ini melonjakkan kedudukan GOTA FC ke tangga ke lima mengatasi pasukan Pinrs Hillpark yang yifak bermain pada minggu ini.

Sementara itu, pasukan OFPA masih lagi tercari-cari mata pertama mereka.

Diharapkan mereka berjaya memecahkan kebuntuan pada perlawanan seterusnya.

Tahniah buat ke dua-dua pasukan yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.


No comments