Header Ads

Mampukah Lapok FC meneruskan rentak selaku bakal juara?




Sabtu ini pastinya menentukan hala tuju Lapok FC di dalam Liga Premier Puncak Alam, di mana mereka akan turun menentang pasukan Gota FC bagi meneruskan momentum mereka ke arah juara sulong liga ini.

Kemenangan ke atas Gamm FC pada minggu lepas pastinya masih segar dan mereka pastinya mahu meneruskan rentak kemenangan tersebut dengan menewaskan pasukan Gota FC. Sementara itu, Gota FC pula kali terakhir beraksi dalam liga pada tahun lepas dengan kemenangan tipis ke atas pasukan GVBK pada 2 December 2018 . Rehat yang begitu panjang bagi Gota FC bukanlah sesuatu yang baik buat mereka, dan kesempatan ini harus digunakan sebaik mungkin oleh pasukan Lapok FC.


Selain itu, pada Ahad ini juga, pasukan Meranti FC akan berdepan dengan pasukan Desa Coafields FC di padang Tanamera jam 5 petang. Satu perlawanan yang dijangkakan sengit, di mana ke dua-dua pasukan terutamanya DC FC masih mampu mengejar antara dua pasukan teratas liga.

Sama-sama saksikan perlawanan menarik ini di tempat berhampiran anda.

Berdasarkan kedudukan liga di bawah, pasukan Lapok FCmasih mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding pasukan OBPA, begitu juga pasukan NERA FC yang masih berbaki dua perlawanan.

Meranti FC dan Pines FC pula hanya menyelesaikan lapan perlawanan liga mereka sehingga kini. Diharapkan pasukan yang masih mempunyai perlawanan yang ditunda dapat menyelesaikan perlawanan secepat mungkin demi melancarkan jadual liga.




No comments