Gota FC dan Parmah Legend catat kemenangan selesa
Minggu ini, hanya dua perlawanan dilangsungkan di mana pasukan Gota FC melayan kunjungan Hillpark Galaxy bimbingan saudara Vicky, sementara dalam satu lagi perlawanan menemukan Parmah Legend menentang NERA FC.
Gota FC dan Hillpark Galaxy beraksi di Padang Bukit Kucing, di mana pasukan Hillpark mendahului pihak lawan pada awal separuh masa pertama hasil tendangan padu di dalam kotak penalti.
Gota FC meningkatkan tempo permainan, namun gagal menemui jaringan penyamaan sehinggalah pada separuh masa ke dua. Keputusan akhir menyaksikan pasukan Gota FC menang dengan jaringan 5-1.
Sementara itu, pasukan Parmah yang kebelakangan ini amat garang dengan tempo permainan pantas dan memukau, menewaskan pasukan yang berada antara kedudukan empat teratas, iaitu NERA FC dengan jaringan 6-2.
Parmah akan bertemu Gota FC pada perlawanan terakhir bagi ke dua-dua pasukan pada 24 February ini di Padang Bukit Kucing. Sama-sama datang memberikan sokongan di samping memeriahkan liga kita ini.


Post a Comment