Header Ads

Debaran menjelang FA Cup Pusingan Pertama

Credit: Nan GAMM FC 

Peningkatan Gamm FC yang makin ketara akhir-akhir ini menjadikan mereka pasukan pilihan menundukkan Gota FC pada pusingan pertama. Kemenangan mereka dalam perlawanan persahabatan ketika menentang BSC FC pada minggu lepas pastinya menjadi tonik terbaik mejelang perlawanan sterusnya.

Begitu juga buat DC FC yang pastinya mempunyai kelebihan ketika berdepan NERA FC pada hari yang sama. Pemain-pemain DC sememangnya match fit memandangkan mereka diberikan latihan secukupnya serta mempunyai persefahaman yang jitu sesama pemain mereka.  Apa yang pastu, perlawanan ini pastinya menjadi antara perlawanan paling sengit bagi pusingan pertama ini.

Selain itu, dua pasukan berjiran iaitu GVBK dan Parmah Legend pastinya mencuri tumpuan penyokong-penyokong mereka. Parmah dilihat sebagai favorite untuk mara ke pusingan seterusnya. Namun penyerang GVBK iaitu saudara Badok dalam satu temubual baru-baru ini menyatakan bahawa mereka tidak akan memberi laluan mudah buat Parmah Legend.

Sama-sama saksikan perlawanan pusingan pertama Piala FA ini pada Sabtu dan Ahad. Selamat maju jaya buat semua pasukan yang bertanding.


No comments