NERA FC laungkan keyakinan menjelang pertemuan dengan DC FC
En Syed Scholes, peneraju utama Nera FC, dalam satu temubual dalam satu majlis rumah terbuka yang lalu, menyatakan bahawa pasukan mereka sudah cukup bersedia mengharungi pusingan pertama walaupun berdepan antara pasukan pilihan menjuarai liga, iaitu DC FC.
Segala perlawanan persahabatan dan latihan ringan yang dilakukan mampu memantapkan lagi rentak permainan serta semangat pemain untuk menunjukkan prestasi sebenar mereka. Dengan skuad yang besar, setiap pemain pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh agar terpilih membarisi kesebelasan utama.
Perancang tengah mereka iaitu Hanzo Alonso dilaporkan berada dalam prestasi terbaik untuk merencana peluang menjaringkan gol buat penyerang utama mereka, iaitu saudara Zul Nilstelrooy.
Sudah pasti perlawanan pertama Piala FA nanti akan menghasilkan kualiti permainan yang sepatutnya.
Sementara itu, pengurus DC FC yang dikenali sebagai Mizul Dalglish pula tetap merendah diri walaupun pasukan mereka dibarisi pemain-pemain yang mantap disegenap posisi.
Moga kedua-dua pasukan mampu mengawal tempo permainan masking-masing agar tidak menghampakan penonton yang bakal membanjiri arena Tanamera nanti.

Post a Comment