Gota FC vs COFC di Arena Bukit Kucing
Sebagai memenuhi hari terluang hujung minggu, Gota FC dan COFC kendalian saudara Awie telah mengadakan satu perlawanan persahabatan di Arena Bukit Kucing pada Sabtu, 21 September 2019.
COFC dihat lebih menguasai permainan dengan bahagian tengah yang mantap dan bijak melorongkan bola kepada pemain penyerang mereka.
Pada satu ketika COFC mendahului dengan empat jaringan., sebelum pasukan Gota FC merapatkan jaringan menerusi dua gol menarik dari luar kotak penalti.
Gol-gol Pilihan Gota FC dijaringkan oleh Izi dan Mael, sementara jaringan COFC di perolehi menerusi Wan, Fizie (2) dan Yantoi.
Keputusan akhir, COFC 4 - 2 Gota FC.


Post a Comment