Header Ads

14 Pasukan 1 Matlamat


Setelah menamatkan musim pertama LPPA pada musim 2018/2019 dengan jayanya, pengurusan LPPA kini meneruskan musim ke dua liga yang dijangka bermula pada 1 Februari 2020.

Kejayaan penganjuran liga yang tidak menawarkan sebarang hadiah ini adalah berkat dari kesepakatan semua pengurus pasukan yang bertanding, di mana kemenangan bukanlah matlamat utama pasukan. Apa yang penting semangat kerjasama, ukhuwah dan tolak ansur sesama pasukan selalu ditekankan oleh pihak penganjur.

Format peratndingan musim pertama masih dikekalkan seperti sebelumnya di mana sebanyak 14 pasukan akan menyertai liga ini.

Untuk makluman juga, pihak pengurusan LPPA tidak terikat dengan mana-mana pihak, dan kejayaan liga komuniti ini adalah berdasarkan kerjasama semua pengurus pasukan yang bertanding.

No comments