Header Ads

Meranti FC bakal mencabar kejuaraan LPPA Musim ke Dua


Semalam, Meranti FC melancarkan jersi terbaru mereka sempena menyambut kedatangan Liga LPPA Season 2 yang dijadualkan bermula seawal Februari 2020.

Menduduki tangga ke 11 pada musim pertama LPPA tidak menghalang pasukan ini untuk melaungkan keyakinan mereka sebagai antara pencabar utama kejuaraan musim baru di samping Pines FC.


Keyakinan ini diluahkan pengurus mereka,  Cikli yang menerima anugerah Pengurus Terbaik musim lalu pada satu temu bual di pusat Bandar Puncak Alam. Berkat kesungguhan dan latihan tanpa jemu, beliau cukup yakin Meranti FC pasti digeruni pihak lawan.

Pihak LPPA mengucapkan selamat maju jaya buat Meranti FC dan juga kepada semua pasukan yang bertanding.

No comments