Perlawanan persahabatan terakhir Gota FC bagi 2019
Sebagai persediaan menghadapi musim ke dua LPPA tahun depan, pasukan Gota FC dan Gamm FC akan menguji pasukan masing-masing pada Sabtu ini di Arena Bukit Kucing.
Perlawanan ini adalah perlawanan terakhir bagi Gota FC untuk tahun 2019 yang merupakan suatu kejayaan juga bagi mereka kerana masih mampu mengekalkan para pemain untuk mengharungi musim ke dua liga yang pastinya lebih mencabar.
Gamm FC juga dikhabarkan semakin membangkitkan gerun pihak lawan yang mana mereka mencatatkan beberapa keputusan positif dalam beberapa perlawanan terakhir.
Kepada peminat ke dua-dua pasukan, anda boleh ke Arena Bukit Kucing pada Sabtu ini jam 5.00 petang. Sokongan anda diperlukan bagi memriahkan sukan bola sepak di sekitar Bandar Puncak Alam.

Post a Comment