Kemenangan ke dua berturut-turut Parmah dalam siri persahabatan
Parmah Legend sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah antara pencabar utama bagi musim ke dua LPPA. Mangsa terbaru mereka adalah pasukan Meranti FC yang ditewaskan dengan jaringan 2-1.
Perlawanan seimbang oleh ke dua-dua pasukan, namun pasukan Parmah berjaya memanfaatkan peluang yang mereka perolehi.
Kecekapan penjaga gol Meranti telah menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Parmah Legend, sekaligus kegagalan mendapatkan penjaga gol berpengalaman, Dos Najmuddin ke Nusa Suria sesuatu yang tidak harus dikesali.
Gol-gol pasukan Parmah dijaringkan oleh Opot dan ketua pasukan merekan, Alem Kaka.
Perlawanan berlangsung pada Sabtu, 18 Jan 2020 di Arena Bukit Kucing.


Post a Comment