Header Ads

Reka Bentuk Jersi Terbaik dari RISE Malaya


Pada Jumaat, 10 Januari lalu, delegasi AJK PAPL berkunjung ke pejabat @risemalaya dan berita baik untuk LPPA di mana pihak @risemalaya sudi menaja hadiah kepada pemenang liga di hujung musim nanti.

Juga pihak RISE berbesar hati untuk menawarkan diskaun 30% kepada pasukan dalam PAPL sekiranya menempah jersi dengan mereka. Suatu peluang keemasan untuk pasukan-pasukan PAPL.

RISE Malaya diterajui oleh seorang anak muda berjiwa besar dan kedai mereka beroperasi di Alam Jaya sudah hampir 5 tahun . Ini sedikit sebanyak buat admin terkejut sebab kami tak pernah tahu yang kedai sublimation wujud di Puncak Alam. Semoga @risemalaya terus maju dalam bisnes sublimation dan dari warga PAPL, admin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari keluarga PAPL.

Boleh hubungi 016-649 2269 untuk tempahan jersi serta maklumat lanjut.

#puncakalampremierleague
#risemalaya

No comments