Mampukah OFPA sekat kemaraan Parmah Legend pada minggu ke dua?
Pasukan OFPA yang tewas dengan jaringan besar pada minggu pertama, pastinya akan berusaha untuk bangkit melakukan sesuatu agar tidak terus terperosok di tangga tercorot liga. Mereka perlu berusaha lebih gigih sekiranya ingin menggagalkan pasukan Parmah daripada terus mengumpul tiga mata.
Begitu juga pasukan ke dua terbawah, Gota FC pastinya menyedari kesilapan mereka pada perlawanan pertama, dengan beruasha untuk mengutip mata pertama keyika berdepan Bayu Suria pada Sabtu, 15 Februari ini di Padang Bukit Kapar.
Tumpuan juga pastinya terarah kepada perlawanan antara Gamm FC dan Meranti FC yang boleh diibaratkan pertembungan adik beradik.
Pertemuan antara dua pendatang baru liga, Nusa Suria dan Krone FC pastinya lebih mendebarkan memandangkan ke dua-dua pasukan berjaya mengutip tiga mata penuh pada pelawanan pertama masing-masing.
Pendahulu liga buat masa ini, COFC akan membuat perhitungan dengan BSC yang juga berjaya mengutip tiga mata penuh bagi menentukan sama ada mereka mampu terus bertakhta di persada liga atau sebaliknya.
Sama-sama kita saksikan minggu ke dua perlawanan yang pastinya lebih mendebarkan.

Post a Comment