Header Ads

Sepakan percuma Awie bantu COFC benam OFPA




Tendangan percuma menarik dari Awie berjaya ditanduk penyerang COFC bagi menjaringkan salah satu gol menewaskan penjaga gawang OFPA.

Keputusan akhir menyaksikan COFC menewaskan OFPA dengan jaringan 7-0 seterusnya meletakkan mereka menerajui liga pada minggu pertama.

Nusa Suria yang membuat penampilan pertama dalam liga pula menghuni tangga ke dua selepas menewaskan pasuka Gota FC dengan jaringan 4-0.

Perjalanan liga masih jauh, dan peluang masih terbuka buat pasukan-pasukan bertanding memperbaiki kedudukan. 

Berikut adalah kedudukan liga Game Week 1 selepas semua perlawanan dilangsungkan pada 1 dan 2 February. Alhamdulillah semua perlawanan berlangsung dalam keadaan terkawal. Cuma perlawanan antara Krone Hill dan Gamm FC memecahkan rekod apabila pasukan Krone Hill dilayangkan 5 kad kuning.

Kemungkinan besar keghairahan perlawanan pertama menjadi penyumbang utama keadaan ini. Diharapkan pihak pengurusan pasukan dapat sama-sama menjaga perjalanan liga komuniti kita ini agar berjalan dalam keadaan lancar, serta lebih mengeratkan hubungan sesama para pemain setiap pasukan.



No comments