Header Ads

Perintah Larangan Pergerakan Terhad Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi telah mengumumkan bahawa Perintah Larangan Pergerakan Terhad akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Larangan ini pastinya memberikan impak yang agak besar juga ke atas kecergasan pemain-pemain LPPA. Namun kita semua diharapkan akan terus patuh serta bijak menggunakan masa rehat ini untuk aktiviti yang berfaedah.

Diharapkan gambar di bawah todak menggambarkan pemain-pemain LPPA selepas perintah larangan ini berakhir. 

Walaupun berada di rumah, pemain-pemain boleh mengekalkan kecergasan dengan melakukan aktiviti senaman ringkas di samping membuat kerja rumah yang kebiasaannya dilakukan oleh isteri masing-masing.

Setiap yang berlaku ini ada hikmahnya, dan sama-sama kita berdoa agar wabak COVID-19 ini akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. Amin.


No comments