Header Ads

Keputusan semasa Game Week 2


Minggu ke dua liga menyaksikan 27 jaringan terhasil, kurang 4 gol dari perlawanan minggu pertama. 

Beberapa keputusan luar jangkaan berlaku ke atas beberapa pasukan pilihan. Namun paling penting adalah semangat kesukanan dan ukhuwah yang selalu diterapkan pengajur haruslah dijadikan panduan setiap kali pemain-pemain turun dalam sesuatu perlawanan.


Ringkasan keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

Alam Suria United 0 - 1 Hillpark
OBPA 3 - 1 NERA FC
Pines Hillpark 2 - 1 GVBK
GAMM FC 0 - 1 DC FC
GOTA FC 5 - 3 BSC United
Parmah Legend 0 - 6 Lapok FC
OFPA 1 - 3 Meranti FC

Dengan keputusan di atas, kedudukan teratas liga pastinya berubah, dengan pasukan Lapok FC, OBPA, Meranti FC dan DC FC meneruskan momentum kemenangan ke dua berturut-turut. 

Kedudukan liga sekarang diterajui Lpok FC yang mengutip enam mata dan jumlah jaringan yang besar setelah menewaskan Parmah Legend dengan jaringan enam gol. 

Menarik juga buat pasukan Hillpark FC dan GOTA FC yang masing-masing mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam saingan liga kali ini. Mengejutkan juga apabila GOTA FC menewaskan pasukan favorite, BSC United dengan keputusan 5-. 

Nampaknya saingan liga semakin menarik dan mendebarkan. Semoga semua pasukan terus bersaing dengan penuh semangat kesukanan. 




No comments