Carta liga Game Week 2
Kedudukan liga telah banyak berubah dengan pasukan Lapok FC mengambil alih teraju liga dari pasukan Gabungan Bukit Kucing.
Paling menarik, Lapok FC menjadi pasukan paling banyak menjaringkan gol pada minggu ini dengan enam gol. Reputasi mereka sebagai antara pasukan digeruni memang terserlah daripada parlawanan-perlawanan sebelum ini.
Kedudukan terbawah liga juga telah berubah dengan OFPA naik satu tangga ke tempat 13 liga. Begitu juga pasukan GOTA FC menghuni tangga ke 6 liga dari kedudukan ke 13 liga pada minggu sebelumnya.
Namun perjalanan liga masih jauh dan perbezaan mata antara setiap pasukan tidaklah terlalu jauh. Teruskan perjuangan dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi.
Game Week ke dua ini berlangsung pada Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu 17 hingga 19 hb Ogos.

Post a Comment