Header Ads

Selamat menyambut Aidil Adha buat semua pemain dan pihak pengurusan pasukan


Kami mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha buat semua pemain dan mereka yang terlibat dengan perjalanan Puncak Alam Premier League, moga semua beroleh keberkatan dan sentiasa dirahmatiNya.

Bagi yang memandu ke kampung halaman masing-masing  pandulah dengan berhati-hati dan ingatlah mereka yang tersayang.

Perlawanan liga akan berhenti rehat buat seketika dan dijangka akan disambung semula seawal 2 Sept ini dengan perlawanan antara GOTA FC vs Meranti FC, berbanding jadual asal pada 19 Sept 2018.

Pastinya pemain-pemain Lapok FC dan pasukan lain yabg menang pada minggu ke dua liga akan pulang berhari-raya dengan mood yang gembira. Apapun tujuan liga ini diwujudkan demi mengeratkan ukhuwah sesama kita, dan perlu ditekankan kepada pemain-pemain agar mengelakkan provokasi semasa perlawanan berlangsung.

Moga hubungan yang harmoni harus dieratkan dan berkekalan dalam komuniti kita.

Selamat menyambut Hari Raya Korban buat semua.



No comments