Lagenda Bola Sepak Saidin Osman berhijrah ke pasukan GOTA FC
Pasukan GOTA FC seharusnya berbangga kerana dapat menggunakan khidmat bekas pemain pasukan Malaysia untuk menghadapi baki saingan Puncak Alam Premier League (PAPL) musim 2018/2019.
Saidin Osman merupakan pemain kelahiran Perlis yang pernah mewakili pasukan Perlis dan Kuala Lumpur pada era 80-an dan awal 90-an. Antara pencapaian beliau yang tertinggi adalah mewakili pasukan negara di saingan Sukan Olimpik. Ketika itu bola sepak Malaysia begitu rancak dengan saingan semi pro dan juga kedudukan Malaysia yang begitu disegani di rantau Asia.
Dengan berbaki sebelas perlawanan lagi, pastinya pasukan GOTA FC berusaha untuk menempatkan pasukan mereka antara kelompok teratas liga dan memberikan saingan sengit kepada pasukan elit PAPL.
Menurut pengurus pasukan, En Nor Hisham, atau lebih mesra dengan panggilan Pokchoo, GOTA FC akan berusaha memberikan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan yang dilalui selain menekankan semangat kesukanan yang tinggi kepada setiap para pemain.


Post a Comment