Perlawanan tumpuan minggu ke dua liga PAPL
Perlawanan antara OBPA vs NERA FC merupakan antara perlawanan tumpuan minggu ke dua perlawanan liga.
Masing-masing mengutip tiga mata berharga pada perlawanan pertama, dan pastinya ke dua-dua pasukan akan berusaha untuk mengukuhkan kedudukan pada kelompok teratas liga. Kelebihan dua jaringan pada perlawanan awal meletakkan NERA FC pada tangga ke dua berbanding OBPA yang menghuni tangga ke enam liga.
Kepada semua peminat, boleh lah ke Arena Bukit Kucing pada 18 Ogos 2018 jam 5 petang untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.
Sementara itu perlawanan antara Alam Suria United vs Hillpark FV akan diadakan pada Jumaat, 17 Ogos 2018 jam 9 malam di Padang Hillpark. Pastinya pertembungan yang menarik bagi ke dua-dua pasukan yang pastinya berusaha mendapatkan mata pertama dalam liga ini.
Selamat maju jaya buat semua pasukan yang bertanding.

Post a Comment