Header Ads

Profil pasukan Berjaya FC: non-league team


Pasukan Berjaya FC merupakan sebuah pasukan yang dibentuk oleh penduduk Sinar Alam pada tahun ini, dengan tujuan untuk memeriahkan sukan bola sepak di Puncak Alam, dan paling penting mengeratkan hubungan sesama penduduk menggunakan medium sukan.

Pemain-pemain kebanyakannya terdiri dari penduduk Sinar Alam dan juga fasa-fasa berdekatan di sekitar Bandar Puncak Alam.

Mereka juga aktif mengadakan siri perlawanan persahabatan, dan paling terbaru bertemu pasukan Aquila FC dari Alam Jaya pada Sabtu, 11 Ogos 2018, di Padang Bola Bukit Badong. Perlawanan tersebut berakhir dengan mereka tewas tipis 1-0.

Namun kemenangan bukanlah matlamat pasukan ini yang menggabungkan beberapa pemain dari dua generasi yang berbeza.

Selamat maju jaya buat Berjaya FC.

1 comment: