Trofi PAPL bagi juara liga musim pertama
Inilah piala yang bakal menjadi rebutan 14 pasukan yang bertanding dalam liga sosial Puncak Alam Premier League yang telah memulakan musim pertamanya pada 4 Ogos yang lalu.
Dengan piala sumbangan dari kelab NERA FC ini seharusnya menjadi pembakar semangat bagi semua pemain terlibat mempamerkan aksi pada tahap sebenar tanpa melupakan semangat kesukanan yang selalu diterapkan oleh pihak penganjur.
Kita tunggu pasukan manakah yang akan menjadi juara sulong PAPL ini.
Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada kelab NERA FC di atas sunbangan piala tersebut.

Post a Comment