Debaran OFPA menjelang pertemuan dengan pendahulu liga
![]() |
| Pengurus OFPA memerhatikan pemain-pemain dalam satu latihan |
Semangat OFPA pastinya membara setelah mencatatkan kemenangan dalam siri perlawanan persahabatan menentang salah sebuah pasukan dari Hillpark pada minggu lepas.
Perlawanan di Arena Tanamera dilihat satu kelebihan kepada Lapok FC, di mana padang Tanamera adalah home ground mereka. Namun kelebihan ini bukan satu alasan buat OFOA mencatakan keputusan upset dalam liga. Menurut pengurus OFPA, iaitu saudara Yud, mereka akan turun memberikan saingan sengit demi mendapatkan mata pertama dalam liga ini. Reputasi pihak lawan adalah pembakar semangat buat pemain-pemain OFPA.
Apapun perlawanan dijangka seimbang dengan ke dua-dua pasukan berupaya mengatasi lawan masing-masing dengan margin jaringan yang tipis.
Saksikan perlawanan ini pada Ahad, 23 Sep di Arena Tanamera, jam 5 petang.
Diharapkan penonton yang datang dapat menjaga kebersihan padang permainan.
Jom meriahkan liga kita.

Post a Comment