Game Week 4: Meranti FC laungkan keyakinan
Walaupun sedar dengan kekuatan pasukan OBPA, Meranti FC yakin mampu mencatat keputusan positif sekiranya para pemain mengekalkan disiplin yang tinggi ketika permainan berlangsung. Keyakinan ini dilaungkan pengurus pasukan mereka, iaitu En Fadly ketika ditemui sebentar tadi.
Meranti FC yang mengumpul enam mata, pastinya akan turun dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.
Pasukan OBPA yang dilabelkan sebagai antara pasukan pilihan bersama Lapok FC dan Desa Coalfields pastinya tidak akan memberikan laluan mudah kepada lawan mereka. Keyakinan dan corak permainan penuh taktikal mereka pastinya menggerunkan setiap lawan mereka.
Apa yang pasti, perlawanan ini boleh dianggap sebagai Match of The Week bagi Puncak Alam Premier League.
Kepada para peminat, saksikan perlawanan menarik ini pada Sabtu, 22 September jam 5 petang di Arena Bukit Kucing , Kuala Selangor.

Post a Comment