Desa Coalfields FC benam GBK FC
Sejak dari awal liga lagi, DC FC merupakan antara pasukan favorite dan mempunyai corak permainan menarik dengan attacking football yang sentiasa diterapkan pengurus pasukan mereka, En Mizul.
Paling menarik sebelum perlawanan ini, DC FC menjadi satu-satunya pasukan yang belum dibolosi pihak lawan. Dan mereka adalah pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.
Pada awal perlawanan ini, kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati sebelum DC FC dapat menguatkan cengkaman mereka. Hasilnya mereka menjaringkan 5 gol menerusi penyerang prolifik mereka, Ganesh.
Pasukan GBK memperolehi satu gol saguhati menerusi saudara Sobri. Walaupun akur dengan kekuatan pihak lawan, GBK tetap berusaha mencari gol tambahan dan semangat kesukanan mereka seharusnya menjadi contoh kepada pasukan-pasukan lain.
Dengan berbekalkan kelebihan jaringan, DC FC kini merampas tangga teratas dari pasukan Lapok FC yang menghuni tangga teratas selama 3 minggu.
Apa yang pasti, perjalanan liga makin menarik dengan empata atau lima pasukan masih bersaing untuk merebut kejuaraan sulung ini.

Post a Comment