Header Ads

Meranti FC ranapkan rekod bersih OBPA




Pasukan Meranti FC menjadi pasukan pertama yang menafikan rekod bersih OBPA apabila berjaya mengekang pasukan favorite ini dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Perlawanan yang berlangsung pada Sabtu, 22 September di Arena Bukit Kucing menyaksikan pertarungan yang sengit.

Menepati label sebagai pasukan pilihan, OBPA seperti biasa menguasai bahagian tengah dan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu lawan.

Namun perancangan pengurus pasukan Meranti, iaitu En Fadly yang begitu arif dengan taktikal perlawanan, akhirmya berjaya mengekang pasukan OBPA daripada mendapatkan gol kemenangan.

Keputusan ini menyakasikan pendahulu liga, Desa Coafields FC meninggalkan mereka dengan perbezaan dua mata.

Sekalung tahniah kepada ke dua-dua pasukan yang menunjukkan mutu permainan yang tinggi serta penuh semangat kesukanan.

No comments