Header Ads

GAMM FC menang bergaya ke atas BSC United



GAMM FC dalam tiga perlawanan sebelum ini gagal mendapatkan sebarang mata apabila tewas ke tiga-tiga perlawanan awal mereka.

Semalam mereka turun dengan penuh semangat hasil perbincangan taktikal yang intensif di salah sebuah restoran terkenal di Puncak Alam, iaitu Restoran Asmaas pada sebelah pagi sebelum perlawanan dilangsungkan.

Gamm Fv mendahului 2-0 hasil jaringan Ahmad dan ketua pasukan, Saiful pada suku pertama permainan.

BSC United merapatkan jurang selepas dihadiahkan sepakan penalti di suku ke 2.

Pasukan GAMM FC juga berpeluang menjarakkan kedudukan pada suku masa ke tiga, namun gagal menyempurnakan tendangan penalti hasil kekasaran pihak lawan.

Tahniah buat GAMM FC yang berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka serta kepada ke dua-dua pasukan yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

No comments