OFPA hampir lakar kejutan terbesar
Pertembungan antara OFPA dan Lapok FC semalam ibarat pertembungan David dan Goliath. OFPA yang menghuni tangga terbawah liga berhadapan dengan Lapok FC yang gah di persada liga, tiada yang memberikan harapan kepada mereka untuk melakukan kejutan.
Namun, mereka membuat kejutan awal apabila mendahului Lapok FC pada separuh pertama melalui jaringan menarik Harris dari luar kotak penalti.
Peningkatan permainan OFPA dapat dilihat apabila mereka banyak melakukan serangan berbahaya ke kubu pihak lawan.
Pasukan Lapok FC juga memperolehi beberapa peluang menjaringkan gol, namun ketangkasan penjaga gol OFPA, saudara Mus telah menggagalkan beberapa peluang terbuka menjaringkan gol.
Bermula separuh masa ke dua, pasukan Lapok FC meningkatkan penguasaan di bahagian tengah, dan hasilnya mereka menjaringkan dua gol pantas menerusi penyerang berbisa mereka, Berg. Berg merupakan antara calon-calon yang dikatakan bakal merebut hadiah kasut emas.
Separuh masa ke tiga menyaksikan OFPA meningkatkan tekanan ke atas pihak lawan, tetapi kebergantungan mereka ke atas Harris menyebabkan serangan mereka agak terbantut.
Pujian harus diberikan kepada OFPA kersna menunjukkan peningkatan yang ketara dan hampir melakarkan kejutan terbesar dalam liga. Dan tahniah juga kepada semua pemain dan penyokong yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Sehingga kini pasukan OFPA merupakan antara pasukan yang penuh dengan semangat fair play dan paling kurang menerima kad kuning. Tahniah sekali lagi.

Post a Comment