Header Ads

Parmah Legend merekodkan kemenangan pertama



Parmah Legend yang sebelum ini hanya mengutip satu mata dari tiga perlawanan awal, kali ini mencuri tumpuan dengan menewaskan Hillpark FC dengan jaringan 1-0. Gol jaringan Ami pada separuh masa pertama membuatkan pasukan Parmah makin bersemangat memburu gol.

Namun kekentalan benteng pertahanan Hillpark yang diketuai saudara Vicky, telah berjaya mengekang pasukan Parmah untuk menambah jaringan.

Pujian harus diberikan kepada pasukan Parmah kerana mereka merupakan antara pasukan yang menghadapi masalah pemain yang menyebabkan mereka hanya mampu menyenaraikan dua orang pemain di bangku simpanan.

Perlawanan ini dilihat seimbang dengan ke dua-dua pasukan sering berbalas serangan untuk mencari gol. Kekuatan benteng ke dua-dua pasukan banyak mengggagalkan cubaan penyerang masing-masing.

Apa yang pasti, pasukan Parmah Legend selepas ini akan menjadi perhatian pihak lawan, dan kelibat kapten merangkap pengurus pasukan, saudara Zaidi akan menjadi tumpuan pemain lawan untuk menggagalkan serangan dari bahagian tengah.

Tahniah buat ke dua-dua pasukan yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi di mana pengadil hanya melayangkan satu sahaja kad kuning sepanjang perlawanan.


No comments