Header Ads

Game Week 3: Lapok FC 3 - 1 Hillpark FC


Lapok FC merupakan antara pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Premier Puncak Alam ini di samping pasukan hebat yang lain seperti OBPA dan juga NERA FC. Mereka mempunyai acuan yang cukup sempurna dengan gaya permainan memukau ala Eropah dan Latinyang mejadi igauan pihak lawan.

Pada perlawanan ke tiga liga ini pasukan Lapok FC terlebih dahulu di depan hasil jaringan menerusi tendangan penalti yang disempurnakan oleh Berg, penyerang prolific mereka. Sehinggah kini, Berg telah menjaringkan 5 gol bersama saudara Zul dari Nera FC.

Namun Hillpark berjaya menyaingi kehebatan Lapok FC dengan menyamakan kedudukan, juga menerusi tendangan penalti yang dijaringkan oleh Ali pada penghujung separuh masa pertama.

Bermula separuh masa ke dua, Lapok FC menunjukkan penguasaan yang ketara di bahagian tengah dengan hantaran-hantaran pendek yang mengelirukan bahagaian tengah Hillpark FC. Hasilnya mereka berjaya menambahkan dua lagi gol untuk melengkapkan kemenangan mereka pada separuh masa ke dua menerusi jaringan Ayie dan Salam.

Apa yang dibanggakan, perlawanan dilangsung dengan baik dan pengadil hanya melayangkan satu kad kuning kepada pemain Lapok FC, iaitu saudara Malik. 

Dengan kemenangan ini, Lapok FC masih mendahului carta liga buat minggu ke tiga. Pasukan lain yang mendahului rapat adalah OBPA FC yeng menang tipis ke atasa Gabungan Bukit Kucing dengan keputusan 4-3 di Padang UiTM pada waktu yang sama.

Tahniah buat ke dua-dua pasukan yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Kepada yang tewas, jangan putus asa, perjalanan liga masih jauh dan semua pasukan berpeluang memperbaiki kedudukan.

Penyerang Lapok FC menjaringkan gol ke tiga.





No comments