Header Ads

Game Week 3: NERA FC 5 - 1 GAMM FC



Perlawanan bermula seimbang, namun pada permulaan perlawanan, pasukan GAMM FC lebih banyak menguasai permainan dan melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan. Namun penyudah yang kurang berkesan menyebabkan mereka gagal melakukan tindakan penyudah.

Pasukan NERA FC dilihat mula menyerap tekanan pada pertengahan separuh masa pertama dan akhirnya mendahului lawan pada penghujung separuh masa pertama melalui jaringan Pak Long hasil bantuan Syed. Perlawanan pada keseluruhannya bermula baik dan aksi penuh persahabatan ditunjukkan oleh ke dua-dua pasukan.

Separuh masa ke dua menyaksikan NERA FC menggandakan serangan mereka dan berhasil menjaringkan dua gol tambahan menerusi Din dan Yen. Menarik bagi Yen apabila melakukan larian solo dari kawasan tengah yang memperdayakan semua pertahanan lawan sebelum tenang menewaskan penjaga gol GAMM FC.

Separuh masa ke tiga memperlihatkan penguasaan GAMM FC, namun mereka gagal memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan NERA FC sekali lagi menghukum mereka dengan dua gol lagi menerusi Pak Long dan Zul. Zul sekarang sudah pun mengumpul 5 gol dalam LPPA ini dan berpeluang merebut kasut emas jika terus mengekalkan prestasi beliau untuk perlawanan seterusnya.

GAMM FC memperolehi satu gol saguhati pada 5 minit akhir perlawanan menerusi Nan hasil bantuan Niezam.

Apapun, tahniah buat ke dua-dua pasukan yang menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukan yang tinggi dalam perlawanan ke tiga liga buat ke dua-dua pasukan.





No comments