Paul Poga ingin bermain untuk Zidane
Pogba menamatkan kempen pada Piala Dunia Russia 2018 dengan menjulang Piala Dunia dengan bergaya menewaskan Croatia di pentas final.
Kemenangan ini merupakan kali ke dua Perancis memenangi Piala Dunia selepas tahun 1998.
Namun aksi berbeza beliau di peringkat kelab menimbulkan situasi tegang antara beliau dan pengurus Manchester United, Jose Maurinho. Maurinho dilihat tidak memuji Pogba atas aksi cemerlang beliau, sebaliknya menuntut Pogba memberikan komitmen yang sama untuk Manchester United.
Zidane pula merupakan antara mentor bagi Pogba dan beliau sendiri mengimpikan untuk beraksi di bawah bimbingan idolanya itu pada satu peringkat karier beliau.
Suasana ini pastinya menimbulkan keadaan yang tidak elok untuk pasukan Manchester United, sama ada United perlu menggantikan Maurinho atau membiarkan Pogba meninggalkan United pada jendela perpindahan Januari 2019.
Sama-sama kita tunggu apakah yang bakal terjadi nanti.

Post a Comment