Lapok FC berusaha rampas kedudukan teratas liga
Sebagai persediaan bagi pertemuan menentang pendahulu liga, DC FC pada 6 Oct ini, pihak pengurusan Lapok FC menggiatkan sesi latihan bagi menghadapi pertemuan yang boleh dianggap penentu kejuaraan liga.
Untuk itu, satu perlawanan pemanas banda diadakan dengan menentang Pilhan Gota FC pada esok, 29 September di Padang Bukit Kucing.
Menurut pengurus Lapok FC, saudara Awie, mereka tidak akan memberikan laluan mudah kepada DC FC walaupun sedar akan kekuatan pihak lawan yang sehingga kini hanya melepaskan satu gol sahaja. Mengikut saudara Awie juga, Lapok FC mempunyai senjata rahsia serta strategi untuk menundukkan Desa Coalfields FC nanti.
Sama-sama kita saksikan pertembungan 'Top of the table Clash" ini pada 6 Oct nanti di Bukit Kapar jam 5 petang
Pasti ramai yang ternanti-nanti apakah kesudahan pertembungan sengit ke dua-dua pasukan terbaik liga PAPL ini. Ke dua-dua pasukan kini berkongsi mata yang sama, belum mengalami kekalahan dalam liga dan hanya dipisahkan kelebihan jaringan yang dimiliki DC FC.

Post a Comment