Kegagalan tendangan penalti Ucop membawa padah
NERA FC meneruskan rentak kemenangan apabila menang bergaya ke atas Pines Hillpark dengan jaringan 3-1.
Tendangan percuma menarik dari pemain tengah lincah NERA FC, saudara Syed berjaya disempurnakan oleh penyerang berbahaya mereka, iaitu Zul.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Pines bangkit menggandakan usaha mereka dan hasilnya memperolehi jaringan penyamaan tidak lama kemudian.
Pada separuh masa ke dua, Pines berpeluang mendahului lawan apabila dianugerahkan sepakan penalti yang gagal disempurnakan pemain tengah, saudara Ucop.
Kegagalan sepakan penalti itu seterusnya dihukum pasukan lawan, apabila Puad meletakkan NERA FC di depan sekali lagi hasil bantuan Syed.
Akhirnya pemain paling mahal NERA FC, saudara Hanzo mematikan sisa perjuangan pasukan Pines Hillpark pada lewat permainan.
Perlawanan dilihat seimbang dengan ke dua-dua pasukan berbalas asakan dan mempamerkan aksi menarik sepanjang perlawanan. Keputusan perlawanan mungkin menjadi sebaliknya sekira tendangan penalti saudara Ucop berjaya menerjah jaring lawan.
Apapun, inilah bola sepak. Kita harus menerima keputusan yang telah tersurat.

Post a Comment