Header Ads

Penduduk sekitar Bandar Puncak Alam memerlukan Pusat Komuniti Setempat

Website Puncak Alam Premier League 

Persekitaran Bandar Puncak Alam yang pesat membangun dengan kepadatan penduduk yang terus meningkat, aktiviti perniagaan yang berjalan lancar, pastinya membuatkan Bandar Puncak Alam menjadi tumpuan sebagai satu kawasan strategik serta menjadi penghubung antara bandar Kuala Selangor dan ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam.

Dalam kesibukan penduduk menjalankan aktiviti seharian, mereka tidak lupa untuk beriadah demi menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Gaya hidup sihat di kalangan penduduk amatlah penting demi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju.

Pujian harus diberikan juga kepada pemaju yang menyediakan tempat untuk beriadah seperti trek jogging di Tasik Puncak Bestari serta di Alam Suria. Gelanggang takraw, bola tampar dan futsal sememangnya mencukupi untuk kegunaan penduduk.

Namun, tempat untuk menjalankan aktiviti sukan terutamanya bola sepak adalah dalam keadaan yang menyedihkan. Beberapa pihak telah berusaha menggerakkan usaha mendapatkan pusat komuniti setempat yang sesuai, namun tidak mendapat keputusan yang positif. Keadaan ini berterusan semenjak tahun 2004 sehingga kini, 2018.

Sudah tiba masanya semua pihak menggerakkan usaha ke arah menyediakan satu mini kompleks sukan bagi kemudahan semua penduduk.

Satu kertas kerja yang disediakan oleh Encik Alias dari Fasa 3 difahamkan telah diajukan kepada pihak berkenaan. Antara yang dicadangkan dalam kertas kerja tesebut adalah dicadangkan pihak berkenaan menyediakan satu pusat komuniti setempat yang merangkumi padang bola sepak, takraw, bola tampar dan juga bola jaring.  Diharapkan kertas kerja tersebut mendapat perhatian pihak berkaitan.

Selain itu Encik Syed Syahmi Wafa juga telah mengadakan pertemuan dengan YB Syed bagi menyampaikan hasrat pemain-pemain bola sekitar Puncak Alam kepada beliau pada awal September. Moga pertemuan tersebut mendapat reaksi positif dari YB.

Untuk makluman juga, Gabungan Kelab Bola Sepak Bandar Puncak Alam telah julung kalinya mewujudkan satu liga sosial bagi kelab-kelab sekitar Bandar Puncak Alam dengan tujuan merapatkan lagi hubungan sesama penduduk. Alhamdulillah, penyertaan amat baik di mana pihak penganjur memperolehi 14 penyertaan dari kelab berdekatan seperti kelab dari Parit Mahang, Kampung Bukit Kucing, Denai Alam, Saujana Utama, Seri Coafields dan Bandar Seri Coafields,

Buat masa sekarang, pihak penganjur terpaksa mencari padang di luar Bandar Puncak Alam untuk mengadakan perlawanan liga. Perjalanan liga yang bermula pada 4 August 2018 yang lalu, telah pun memasuki perlawanan ke empat pada 22 dan 23 September lepas.

Moga dengan adanya padang yang sesuai di dalam Puncak Alam ini, aktiviti sukan akan lebih meriah dan pastinya lebih ramai penduduk boleh melibatkan diri dalam aktiviti yag berfaedah ini.

Pihak Gabungan Kelab Bolasepak Puncak Alam juga tidak menafikan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini, malah kami menghargai usaha-usaha sedemikian. Namun semua pihak perlu berganding bahu dan berusaha secara kolektif agar permintaan penduduk lebih diambil perhatian pihak berkaitan.

Berikut adalah gambaran keadaan padang untuk makluman pihak-pihak berkenaan.








No comments