Header Ads

PAPL Allstars tekad benam cabaran NSTP pada perlawanan ke dua



Pasukan PAPL All Stars yang dibarisi para pemain dari Liga Premier Puncak Alam masih mencari kemenangan pertama  susulan keputusan seri pada perlawanan pertama menentang Puncak Alam Rovers.

Ketiadaan benteng kental pasukan iaitu saudara Lias sedikit merisaukan pengurus pasukan, Encik Fadly yang ditemubual sebentar tadi. Namun kehadiran penjaga gol utama iaitu saudara Dos De Gea pastinya memberikan sedikit kelegaan buat pengurus pasukan. Pertahanan penuh pengalaman, iaitu saudara Vicky akan ditugaskan mengambilalih peranan Lias di benteng pertahanan dan mampu melegakan penjaga gol pasukan.

Dibarisan serangan pula, kelibat penyerang utama iaitu saudara Nor Hisham dan Ref Badok pastinya membuatkan benteng pasukan NSTP kelemasan mengekang asakan mereka berdua.

Manakala kelibat perancang pasukan, iaitu saudara Awie dan Syed pastinya mampu membuat lorongan menarik kepada dua penyerang utama PAPL All Star.

Manakalah kehadiran saudara Saiful di antara bahagian pertahanan dan tengah pastinya mampu memberikan keseimbangan kepada pertahanan pasukan, di samping mampu membuat lorongan mengelirukan pertahanan lawan.

Bahagian sayap yang akan dikemudi oleh Nan di sebelah kiri, manakala Zaidi di sebelah kanan sudah cukup mampu membuka peluang pasukan mencipta jaringan.

Atas keyakinan ini, pengurus pasukan iaitu Encik Fadly sekali menegaskan keyakinan beliau untuk mencatat kemenangan pertama pasukan.

Moga semangat semua pemain makin memuncak menjelang pertemuan yang akan berlangsung pada Ahad ini, 28 Oktober jam 5 petang. Ramai-ramai kita meriahkan suasana perlawanan di samping memberikan sokongan moral kepada para pemain.



No comments