LPPA All Stars menang bergaya ke atas pasukan NSTP
Perlawanan persahabatan yang berlangsung semalam di padang Tanamera, Sungai Buloh menampakkan kesungguhan ke dua-dua pasukan untuk mencatatkan kemenangan.
Namun pasukan LPPA bermula dengan berhati-hati memandangkan reputasi pasukan lawan yang agak tinggi berbanding kebanyakan pemain LPPA. Dikhabarkan pasukan NSTP diwakili ramai bekas-bekas pemain liga ternama di Kuala Lumpur. Dan fakta ini diperkukuhkan dengan corak mereka mengatur gerakan ke kubu lawan dan bijak menyerap tekanan.
Pasukan LPPA yang menyedari kekuatan dan reputasi lawan, berjaya menyerap tekanan dan mempamerkan corak tersendiri untuk menghasilkan gol pertama menerusi penyerang prolifik LPPA, iaitu saudara Pokchoo. Jaringan berpunca dari kawasan tengah yeng berjaya mengelirukan pihak lawan hasil lorongan pemain pertahanan LPPA.
Kegembiraan penyokong LPPA tidak bertahan lama apabila pasukan NSTP berjaya menyamakan kedudukan berselang 5 minit dari jaringan pembukaan LPPA. Tersentak dengan jaringan penyamaan tersebut, pasukan LPPA terus mengatur gerakan lebih kemas dan hasilnya Pokchoo sekali lagi menjaringkan gol menerusi satu lambungan menarik dari dalam kotak penalti lawan. Pemain tengah kreatif LPPA, iaitu saudara Mat Dang yang terlepas aksi pertama bulan lepas, hadir menyuntik semangat dan kerap kali merobek benteng pertahanan lawan dengan larian-larian mengelirukan beliau.
Separuh masa pertama berakhir dengan pasukan LPPA mendahului pihak lawan dengan jaringan 2-1. Separuh masa ke dua, pasukan LPPA memperkuatkan barisan pemain dengan kehadiran pemain lincah di bahagian tengah, iaitu saudara Awie yang bijak mengawal rentak permainan. Juga kehadiran Azmi di bek kiri terus mengukuhkan kedudukan sehingga pasukan LPPA gagal dibolosi pada separuh masa ke dua.
Keampuhan benteng LPPA membolehkan pasukan tengah dan serangan mampu menghasilkan dua gol menerus saudara Hanzo dan Udin pada lewat separuh masa ke dua.
Bermula separuh masa ke tiga, pasukan LPPA mengendurkan sedikit tekanan, mungkin akibat keletihan dan juga terdapat para pemain yang bermain pada perlawanan liga sebelum itu. keaddan ini dimanfaatkan pasukan lawan apabila merapatkan kedudukan kepada 4-2 pada pertengahan masa ke dua. Terkejut dengan gol ke dua pihak lawan, pasukan LPPA menggandakan usaha dan hasilnya, Pokchoo berjaya menjaringkan gol ke lima, seterusnya hattrick pertama selepas 15 tahun sejak hattrick beliau yang terakhir. Hari yang gemilang buat beliau dan pasukan LPPA yang mencatatkan kemenangan pertama dari dua perlawanan. Tahniah buat pengurus pasukan iaitu saudara Fadzly yang begitu bijak mengatur strategi untuk menanggani setiap perlawanan.
Dan tahniah buat semua yang hadir.


Post a Comment