Header Ads

Rangkuman perlawanan minggu ke 7- mampukah Meranti sekat hajat Lapok FC


Tanpa kita sedari, rupanya perlawanan dalam Liga Premier Puncak Alam akan memasuki minggu ke 7, liga yang usianya belum sampai setahun, namun cukup mendapat sambutan para pemain bola sepak sekitar puncak alam.

Perlawanan minggu ini menyaksikan enam perlawanan akan dilangsungkan daripada 7 perlawanan kesemuanya. Perlawanan antara Gamm FC dan OFPA terpaksa ditangguhkan kepada 25 November disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. 

Tumpuan minggu ini pastinya terarah kepada perlawanan di antara Lapok FC menentang Meranti FC yang pastinya bakal menentukan kedudukan teratas. Kemenangan bagi Lapok tentunya akan mengekalkan status mereka sebagai pendahulu liga, manakala kemenangan bagi Meranti pastinya akan memperbaiki kedudukan liga mereka. Meranti pada masa ini berada pada kelompok tujuh pasukan teratas. Dengan permainan mantap dan bsrtenaga, mereka pastinya mampu mengejutkan Lapok sehingga kini gah di persada liga. Namun pengurus Meranti FC menegaskan bahawa mereka mempunyai ramuan tersendiri untuk menyekat penguasaan Lapok FC. 

Manakala satu lagi perlawanan yang dijangka mendapat tumpuan adalah antra Gota FC menentang pasukan pilihan iaitu OBPA, yang pastinya tidak ingin kehilangan mata dalam usaha mereka memintas Lapok FC di kedudukan teratas. 

Sementara itu, pasukan AS United juga dalam usaha mencari mata pertama mereka, namun tugas sukar menanti apabila mereka dijadualkan menentang Desa Coalfields FC pada Ahad, r Nov di Padang Tanamera. 

Berikut adalah jadual perlawanan pada minggu ini. Sama-sama kita turun memberi sokongan kepada pasukan pilihan kita. 


MATCHDAY#7
⚽⚽⚽⚽⚽

JUMAAT 2 NOV🗓🖌
1. Pines VS BSC 9pm Pdg Hillpark

SABTU 3 NOV
🗓

1. Obpa v Gota 5pm Bt Kucing
2. Ofpa v Gamm 5pm 6Lapis #
3. Nera v Hillpark 5pm Tanamera


AHAD🖌4 NOV 5PM
1- Parmah vs GVKBK Bkt Kuching 
2-Lapok vs Meranti 5pm Tanamera
3-AS United vs DCFC 5pm Tanamera

# game Ofpa v Gamm di tangguhkan kpd 25 November. 


No comments