Header Ads

NERA FC lonjak ke tangga ke tiga liga



NERA FC membuktikan bahawa mereka serius dalam mencabar kejuaraan sulong apabila sekali lagi menewaskan pasukan lawan dengan kemenangan 2-1, kali ini Hillpark FC pula menjadi mangsa mereka.

Pertemuan yang berlangsung pada Sabtu, 3 Nov ini juga membuktikan bahawa Hillpark FC juga mempunyai kualiti permainan yang menarik, namun seringkali nasib tidak menyebelahi pasukan mereka.

Kemenangan ini membolehkan mereka memintas Desa Coafields FC yang kurang satu perlawanan akibat pertemuan menentang Alam Suria United ditangguhkan ekoran hujan lebat di arena Tanamera pada lewat petang semalam.

NERA FC bermula garang apabila mendahului lawan dengan dua jaringan Zul dan Fik.

Namun Hillpark FC berusaha memberikan saingan dan hasilnya berjaya memperolehi satu jaringan untuk menjadikan petarungan sengit hingga ke wisel penamat.

Pujian harus diberikan kepada ke dua-dua pasukan yang menunjukkan kualiti permainan yang baik selain semangat ukhuwah yang semakin subur dalam Liga ini.


No comments