Header Ads

Dua perlawanan penting ditangguhkan akibat hujan lebat


Buat pertama kalinya dua perlawanan terpaksa ditunda akibat hujan lebat melanda Merbau Indah semalam, mengakibatkan padang digenangi air di Arena Tanamera.

Untuk itu, perlawanan melibatkan Alam Suria United vs Desa Coafields FC dan Lapok FC vs Meranti FC terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan lagi.

Pasukan Desa Coalfields FC terlebih dahulu mendahului Alam Suria United hasil jaringan penyerang prolifik mereka iaitu saudara Ganesh. Tahniah Ganesh dan Happy Deepavali juga buat anda. Perlawanan ini masih lagi dalam budi bicara pihak pengurusan liga memandangkan perlawanan telah pun berlangsung sehingga tamat separuh masa pertama ketika DC FC mendahului Alam Suria United.

Sementara itu, di padang bersebelahan pula, Lapok FC dan Meranti FC kebuntuan jaringan sehinggalah hujan lebat menyebabkan padang ditakungi air.

Dalam satu lagi perlawanan pada Ahad, 4 Nov, pasukan Parmah Legend dan Gabungan Veteran Bukit Kucing terikat dengan jaringan 1-1. Pertembungan yang disifatkan sebagai pertembungan 'derby' antara ke dua-dua pasukan.

Pada perlawanan hari Sabtu, 3 Nov, pasukan OBPA merampas kedudukan teratas liga apabila mudah membenam pasukan GOTA FC dengan jaringan 5-1. Bagaimanapun kedudukan teratas mereka bergantung kepada perlawanan yang melibatkan pasukan Lapok FC menentang Meranti FC nanti. Pertembungan yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat Liga Premier Puncak Alam.





No comments