Header Ads

Parmah Legend tidak akan beri laluan mudah


 Parmah Legend yang baru sahaja memperolehi tonik mereka hasil kemenangan pertama dalam liga pada minggu ke empat yang lalu pasti bersemangat menghadapi baki perlawanan seterusnya.

Kemenangan tersebut walaupun tipis, namun ianya amat berharga buat pasukan underdog seperti mereka. Hasilnya mereka mendaki ke tangga 9 hasil satu kemenangan dan satu seri.

Namun walaupun dilabel sebagai underdog, mereka akan tetap turun penuh semangat dan tidak akan memberikan laluan mudah buat lawan mereka mencatatkan kemenangan.

Perlawanan getir bertemu pencabar kejuaraan sulong, iaitu OBPA pada Ahad, 7 October ini di Bukit Kucing pastinya menjadi ujian sebenar buat Parmah. Demikian menurut pengurus merangkap pemain Parmah, iaitu saudara Zaidi ketika dihubungi semalam.


Pastinya pasukan OBPA yang kecewa dengan keputusan seri di tangan pasukan Meranti FC pada perlawanan lalu, pastinya akan bangkit untuk mencatatkan kemenangan agar tidak jauh ketinggalan dengan pendahulu liga.

Apapun selamat berjuang buat kedua-dua pasukan yang hebat ini. Paling penting semangat kesukanan dan sikap saling menghormati pihak lawan haruslah diutamakan dalam apa jua bidang sukan yang diceburi.


No comments