Header Ads

Kebangkitan minit-minit akhir Parmah Legend nyaris mengikat OBPA


Kebangkitan luar biasa pasukan Parmah Legend nyaris mengikat OBPA yang pada satu ketika mendahului pihak lawan dengan dua gol margin sehingga akhir separuh masa ke dua.

Old Boys yang masih tersentak dengan keputusan seri ketika bertemu Meranti FC pada GW 4 yang lalu, memulakan perlawanan dengan bergaya apabila pantas menguasai permainan di bahagian tengah.

Namun kebangkitan Parmah yang menjaringkan ke tiga-tiga gol mereka pada separuh masa ke tiga begitu mendebarkan pasukan OBPA dan semangat mereka harus dicontohi pasukan lain.

Kekentalan benteng pertahanan yang dikemudi oleh Alias juga dilihat antara faktor penyumbang kemenangan OBPA dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, selain rakan-rakan beliau yang begitu berdisiplin dengan taktikal yang diterapkan perngurus mereka.

Tiada istilah mengalah dan panik walaupun ketinggalan selalu ditanamkan oleh pengurus mereka, iaitu En Zaidi yang kelihatan berpuas hati dengan semangat juang yang ditunjukkan anak buah beliau pada petang tadi.

Begitu juga bagi pengurus OBPA, iaitu En Azmi yang amat lega dengan keputusan perlawanan dan seterusnya mampu memberi saingan kepada pendahulu liga.

Tahniah buat ke dua-dua pasukan yang menunjukkan semangat juang yang tinggi penuh dan mempamerkan semangat kesukanan sebenar.

Statistik perlawanan adalah seperti di bawah.


*Final score*
*OBPA 4 - 3 PARMAH*
1.mael
2.abe.
3.fatah.
kad kuning 1(mael).
*OBPA SCORE*
*Ijat-Hatrick*
*Bob*
Kad kuning-tiada.
#Good Game PARMAH.

1 comment:

  1. -------------------------------------
    Liga Palam-Match 5
    -------------------------------------
    OLDBOYS PUNCAK ALAM FC-4
    VS
    PARMAH Fc -3
    1st half-2-0 (Ijat 2)
    2nd half 1-0 (bob)
    3rd half 1-3(ijat)
    📅 *Ahad*
    📅 *7.10.2018*
    ⛳ *Pdg Bukit Kuching*
    ⌚ *5.15 PTG KICK OFF*
    Alhamdulillah dan terima Kasih yg datang dan bermain utk game ke5.
    1st half-Kita menguasai permainanan dan kawalan bola kita berjaya mendahului dgn 2 gol melalui ijat.
    2nd half -membuat beberapa pertukaran pemain dan 2 perluang terbaik utk tambah jaringan gol gagal disudahkan dgn baik oleh boy.Bob membuat satu percubaan diluar kotak penalti gagal ditangkap kemas oleh keeper lawan.
    3rd.membuat beberapa pertukaran pemain kita gagal mengekal rentak dan kawalan bola.oppo mengambil peluang dan ruang utk merapat jurang jaringan dari kelemahan pemain kita.ijat melebar jurang jaringan dgn hatrick ke2 dlm liga.
    Minit2 akhir atas kesilapan GK kita, sekali lg oppo merapatkan jaringan.Kemenangan tipis memihak kpd kita dan perlu perbaiki kelemahan yg ada terutama fitness dan persefahaman yg memberi ruang oppo menjaringkan gol.8
    Next game 20 okt vs Hillpark
    Pdg Bkt kuching

    ReplyDelete