Alam Suria United hampir perolehi mata pertama
Alam Suria United nampaknya masih kempunan untuk mengumpul mata pertama apabila tewas tipis 1-0 kepada pasukan NERA FC hasil jaringan Maey.
Pemain tengah berkaliber NERA, iaitu Syed sekali lagi menjadi perancang kepada kemenangan pasukan apabila membuat lorongan cantik kepada Maey yang tenang menewaskan penjaga gol Alam Suria iaitu saudara Dos. Dos sebelum itu telah menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan sehingga menyebabkan sedikit kecederaan kepada beliau.
Kemenangan NERA FC ini merupakan kemenangan ke tiga berturut-turut mereka serta mengukuhkan kedudukan "top four" mereka.

Post a Comment