Header Ads

Gota FC tewas lagi



Masih terkejut dengan kekalahan 5-3 kepada pasukan Gamm FC pada Game Week 5 yang lalu, pasukan Gota GC mengatur satu perlawanan persahabatan menentang Ciligia FC di Padang Hillpark pada Jumaat, 12 Oktober 2018.

Perlawanan yang dijangkakan rancak ini sedikit terganggu dengan keadaan padang yang becak akibat hujan yang turun sebelum perlawanan berlangsung.

Walaupum pasukan Ciligia FC baru dibentuk pada tahun ini, namun telah menunjukkan keserasian dan ketajaman serangan mereka serta banyak kali mengucar-kacir pertahanan Gota FC.

Akibatnya, mereka mendahului 2 gol pada separuh masa pertama. Dua gol pantas tersebut seolah-olah mematikan semangat perjuangan Gota FC.  Namun pasukan Gota FC mempunyai dua peluang terbuka menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi disia-siakan barisan penyerang mereka.

Bermula separuh masa ke dua, pasukan Gota FC memperkemaskan barisan pertahanan serta tengah dengan membuat beberapa pertukaran. Hasilnya, mereka berupaya merapatkan jurang gol pada separuh masa ke dua. Separuh masa ke dua menyaksikan Gota FC menguasai permainan dengan Ciligia melakukan beberapa serangan balas.

Ciligia FC berpeluang menjarakkan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung separuh masa ke dua. Namun tendangan tersebut berjaya diselamatkan penjaga gol Gota FC iaitu, Cikgu Nasa.

Gota FC akhirnya berhasil perolehi gol penyamaan pada pertengahan separuh masa ke tiga. Namun serangan Ciligia FC akhirnya membuahkan hasil apabila mendapatkan gol kemenangan pada hujung separuh masa ke tiga hasil lorongan sempurna pemain tengah mereka.

Keputusan tewas 3-2 ini seharusnya menjadi iktibar buat Gota FC dalam menghadapi baki perlawanan liga yang tinggal 8 perlawanan sahaja lagi.

No comments