Parmah Legend pertimbang untuk guna khidmat bekas pemain kebangsaan
Parmah mencatatkan berita sensasi minggu ini apabila menang bergaya ke atas Berjaya FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kuala Selangor petang tadi. Kemenangan 6-0 tersebut seharusnya menjadi amaran buat pasukan lain dalam liga agar tidak memandang rendah keupayaan pasukan Parmah Legend yang sememangnya selalu memberikan tentangan sengit buat pasukan lawan.
Pada perlawanan petang tadi, kehadiran bekas pemain kebangsaan, iaitu Asraruddin Putra Omar banyak membantu kemenangan pasukan Parmah.
Namun, menurut pengurus pasukan Parmah, iaitu Saudara Zaidi masih belum memutuskan sama ada beliau akan diberi peluang untuk menyarung jersi Parmah Legend dalam Liga Premier Puncak Alam.
Sesungguhnya kehadiran bekas-bekas pemain kebangsaan mampu merancakkan lagi liga PAPL ini. Sama-sama doakan agar saudara Asraruddin Putra Omar akan diberi kepercayaan menyarung jersi Parmah Legend.
Tahniah buat pasukan parmah yang sentiasa berusaha meningkatkan tahap permainan mereka dan kita seharusnya tidak tetkejut jika pasukan ini mampu melonjak ke kedudukan empat teratas liga.

Post a Comment