NERA FC yakin padamkan rekod bersih Lapok FC
NERA FC adalah antara pasukan yang versatile dalam liga PAPL dan meneruskan rentak kemenangan buat kali ke empat berturut-turut pada minggu ke lima yang lalu. Dan mereka merupakan taruhan bagi meleburkan rekod bersih Lapok FC. Mereka hanya tewas pada perlawanan pembukaan kepada satu lagi pasukan pilihan, iaitu OBPA yang kini mengejar rapat kedudukan Lapok FC.
Permainan bersahaja serta bijak mempelbagaikan rentak permainan menjadi kunci kejayaan pasukan ini menduduki tangga ke empat liga buat masa kini.
Pertembungan kali ini ibarat penentu hala tuju pasukan NERA FC dalam liga, dan menurut kapten mereka, iaitu saudara Syed, mereka hanya fokus mencari kemenangan walaupun sedar akan keupayaan Lapok FC.
Kemenangan ke atas Lapok nanti akan menyamakan pungutan mata antara mereka, namun Lapok FC mempunyai jumlah perbezaan jaringan yang lebih besar.
Sementara itu, pasukan Lapok FC yang mengekalkan sifat low profil mereka pastinya berusaha mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas liga. Tidak banyak yang diketahui berkenaan pasukan mereka pada minggu ini. Mungkin pasukan Lapok telah mula mengadakan latihan secara tertutup untuk merahsiakan strategi mereka menjelang pertemuan getir ini. Pastinya kekalahan akan membuka ruang buat OBPA memintas kedudukan mereka buat pertama kali.
Ayuh saksikan pertembungan mendebarkan ini di Arena Tanamera, Sungai Buloh pada Ahad, 21 hb Oktober ini jam 5 petang.

Post a Comment