Pertembungan penuh nostalgia antara OFPA vs GOTA FC
Pasukan OFPA, mengikut telahan beberapa pundit sekitar Puncak Alam dilihat mampu memperolehi mata pertama mereka dalam liga menjelang pertemuan minggu ke enam ini. Keberangkalian ini diperkuatkan dengan statistik perlawanan yang menunjukkan benteng pertahanan GOTA FC telah melepaskam 13 gol dalam 5 perlawanan awal.
Keadaan ini tentunya meresahkan pengurus pasukan GOTA FC iaitu saudara Nor Hisham yang ditemubual pada petang tadi. Namun, GOTA FC dijangka akan melakukan beberapa perubahan taktikal menjelang pertemuan "derby" yang dijangka sengit nanti.
Mengikut pengurus Gota FC juga, perubahan ketara yang akan dilakukan adalah di bahagian serangan di mana penyerang berbisa Gota, saudara kembar dijangka bergandingan dengan penyerang utama iaitu syawal yang kini mengumpul 5 jaringan peribadi.
Walaupun menyedari pasukan OFPA ketika ini menghuni tangga terbawah liga, apa yang pasti pelbagai kemungkinan bakal berlaku memandangkan OPFA hampir mengejutkan pasukan pilihan, iaitu Lapok FC pada minggu ke tiga liga.
Perlawanan menarik ini akan dilangsungkan di Padang Lapis 6, Bukit Kapar pada Ahad, 21 Oktober 2018 jam 5 petang. Sama-sama saksikan di samping sama-sama memeriahkan liga kita ini.
Selamat berjuang untuk ke dua-dua pasukan.
![]() |
| Penyerang Gota FC, Kembar |

Post a Comment