Header Ads

Tugas berat menanti Hillpark FC pada perlawanan Minggu ke Enam


Pasukan Hillpark City FC yang sehingga kini mengumpul 3 mata dari 5 perlawanan pastinya berdepan tugas sukar apabila akan berdepan pasukan pilihan, OBPA di padang Bukit Kucing jam 5 petang ini, 20 Oktober.

Namun kekuatan semangat dan fizikal pemain Hillpark FC dijangka mampu memberi saingan sengit kepada OBPA yang sememangnya terkenal dengan kemampuan barisan tengah mereka merencana serangan berbahaya ke kubu lawan.

Kemenangan pasukan OBPA pada petang ini akan melonjakkan mereka ke persada liga sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam, apabila Lapok FC akan turun berkasi pada Ahad, 21 Oktober keesokkannya.

Kepada yang bsrkelapangan, boleh terus ke padang pada petang ini, di mana perlawanan akan dilangsungkan sebentar sahaja lagi.

Selamat berjuang buat ke dua-dua pasukan hebat ini.


No comments